Saturday, October 24, 2009

ingin cantik?...

semua orang nak kelihatan cantik.kekadang memakan belanja yang besar tapi kalau bab nak melawa ada orang tak berapa nak ambil kisah.
spa pulak bercambah dah macam cendawan tumbuh selepas hujan.dulu nak cari spa orang islam cukup payah.la ni selang tiga biji kedai ada satu lagi spa.
dulu saya pun pernah mengusahakan perniagaan ni tapi tak lah setaraf spa tu.waktu mula buka dulu cukup teruja tapi lama lama ia tak sesuai dgn jiwa saya.waktu tu anak2 masih kecil.pekerja pulak tak ada.semua kena buat sendiri.mak oi..seksa betul.kena pulak customer yang datang tu badan saiz besar....nak habiskan lulur...letih.sekarang ni nak buat facial untuk diri sendiri pun malas.
kalau nak ikutkan sijil mcm mcm ada.dari apa yang saya belajar dulu,ada juga petua yang diajar saya amalkan sampai sekarang.seperti lulur santan.mana mana bahagian badan yang susah nak hilangkan daki,selalunya dibahagian pelipat elok guna santan.pas tu,lap guna tisu muka.kuku kaki pula,guna minyak zaitun.kalau selalu guna,kuku akan kelihatan jernih.untuk menghilang kan parut jerawat dimuka,gunalah ubat gigi hpa sebagai pencuci muka.pelikkan?tiada yang peliknya.kalau tak percaya cuba.parut lama ke,parut baru ke,memang hilang.insyaallah.kalau takut nak cuba dimuka,cuba dulu parut yang ada kat kaki.
untuk buat masker pulak.saya guna tepung jagung,susu tepung dan madu.campur semua,bancuh dgn sedikit air.khasiatnya....dapat menghilangkan jeragat dan melembabkan kulit muka.selamat memcuba.pastikan anda semua guna produk hpa.wasalam

Tuesday, October 20, 2009


SUSU ibu merupakan hak asasi setiap bayi yang baru lahir.malangnya disebabkan corak pemasaran syarikat susu yang tidak beretika,berjuta juta bayi diseluruh dunia tidak mendapat hak asasi mereka.
kajian menemui dua ramuan yang meragukan di dalam susu tepung iaitu lemak binatang dan wei.itulah cerita bab 17 buku halal haram keluaran "CAP".wei adalah hasil sampingan dalam industri keju.untuk mengental susu menjadi keju enzim enzim dari babi dan anak lembu diperlukan.dengan nama renet dan pepsin sukar untuk anda kenali sejarah enzim enzim ini.
susu rumusan berjenama terkenal mengandungi wei,yang terdapat dikedai kedai,supermarket telah berada dirumah kita.pagi tadi beberapa sudu kita telah suapkan kepada bayi kesayangan kita enzim enzim renet dan pepsin ini.dan lebih malang lagi ada logo halal pada tin tin susu.
salah siapa ?salah siapa?.tidakkah ini salah ibu yang mengandung,tidakkah ini salah bapa yang mendokong.yer inilah salah kita semua kerana membiarkan makanan dan susu anak anak kita dikeluarkan oleh mereka bukan islam.sampai bila?.
kalau kita tak berubah hari ini 10 tahun lagi 20 tahun lagi mungkin selamanya kita akan sajikan bayi bayi muslim dengan susu renet dan susu pepsin.bila hati dari kecil lagi dah diselaputi renin dan pepsin,bagaimana cahaya dan nur mahu masuk dalam hati anak anak kita.inilah agenda yahudi untuk melihat kita tak ada kekuatan,kita hilang roh agama.saya sedar hal ini bila bersama HPA,saya lihat perjuangan ini dalam HPA,saya perlu teruskan perjuangan dalam HPA.

Sunday, October 18, 2009

barah pangkal rahim.


Barah pangkal rahim


Malaysia membelanjakan RM250 juta setahun untuk menguruskan barah pangkal rahim.Daripada jumlah itu hanya sembilan peratus digunakan untuk ujian pengesanan awal barah pangkal rahim - ujian lumuran pap.

Daripada keseluruhan kes barah di Malaysia, barah pangkal rahim menduduki tempat kedua selepas barah payu dara. Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 500,000 wanita diserang barah pangkal rahim setiap tahun.Mengenali barah pangkal rahim.

Disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV). Pangkal rahim secara saintifiknya bertindak sebagai laluan. Darah mengalir dari uterus melaluinya untuk ke faraj ketika haid.

Pangkal rahim juga menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke dalam rahim. Ketika hamil, pangkal rahim tertutup rapat bagi melindung janin. Ketika proses kehamilan, pangkal rahim terbuka untuk membenarkan bayi lahir.

Barah pangkal rahim bermula seperti kebanyakan barah di mana-mana bahagian tubuh, ia bermula di dalam sel. Selain HPV, faktor lain seperti merokok, sistem imun tubuh wanita, komplikasi pengambilan pil cegah hamil hanya sebahagian faktor lain yang dikaitkan dengan barah pangkal rahim.

HPV adalah virus yang sangat biasa ditemui pada lelaki dan wanita dan ada lebih 100 jenis HPV. Lebih 50 peratus orang akan mengalami satu daripada jenis HPV itu sekali dalam hidupnya. Manakala jenis HPV yang lebih berisiko tinggi (misalnya jenis 16 dan 18) pula akan menjadi punca barah pangkal rahim. HPV amat mudah berjangkit. Malah, kebanyakan orang dijangkiti HPV pada tahun-tahun pertama mereka aktif dalam hubungan seksual. Justeru, ujian lumuran pap sangat disarankan.

Faktor dijangkiti HPV. Tidak melakukan rutin ujian lumuran pap.Sistem tubuh yang lemah Usia (barah pangkal rahim lebih banyak terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas).
Ramai pasangan seks atau perempuan yang melakukan hubungan intim dengan lelaki yang banyak pasangan seks. Merokok Komplikasi penggunaan pil perancang dalam masa yang panjang

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:23 PM .sumber dari blog cina islam.

Saturday, August 22, 2009

ANDAI RAMADHAN INI YANG TERAKHIR



Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu.
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan.kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
Sumber dari blog cina islam.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:50 AM

Wednesday, August 19, 2009

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI-Renung2 kan....



40 kes Lelaki Tidak Layak Jadi Suami - renungan2 kan....

1.Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama2.

2.Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya

.4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga

.6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...
40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain." wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami,kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung "
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:48 PM
sumber dari blog cina islam.

Sunday, August 16, 2009

IDOLA KU KAWIN LAGI....


selamat pengantin baru buat akhil dan wahida.buat wahida,jadilah seorang isteri yang solehah.moga2 dapat jaga kerukunan rumah tangga dan berbahagia dari dunia hingga ke akhirat.buat maiza pulak,diharap banyak bersabar.memang susah untuk buat keputusan.rasa-rasanya,dari terus hidup dlm keadaan tertekan,keputusan yang terbaik adalah bawa haluan masing2.wallahhualam.

Wednesday, July 15, 2009

sibuknya.....letih.

dah berapa lama tak mengadap pc,rindunya.....mana tak nya,dalam minggu ni sibuk tul.sibuk tu ada macam macam jenis sibuk.yang petama buka kedai baru.sampai tak cukup rest.yang kedua,sibuk dgn pasar pagi.yang ketiga sibuk order stok baru.bila stok baru dah sampai....sibuk frust pulak sebab stok tudung yag baru ni tak seperti yang diharapkan.tu la fasal,kena turun kl,baru boleh pilih ikut cita rasa.geramnya....yg keempat lagi la sibuk.suami suruh tolong uruskan kedai kawan dia.alamak....sendiri punya pun tak terjaga,nak jaga orang punya pulak dah.kawan punya pasal angguk je kepala ni.lagi pun dia memang memerlukan bantuan.yang kelima pulak,sibuk tahap paling maximum....kebetulan kedai kawan tu dalam tempat kerja saya yang lama.jadi ramailah kawan kawan lama yang masih bekerja kat situ.mana yang kawan rapat,mereka tahulah situasi saya.mana yang kurang rapat tu,banyak lah soal jawabnya.soal jawab nilah yang paling sibuk.mereka mungkin hairan kenapa saya sanggup kerja kat kedai tu sedangkan sewaktu kerja dulu jawatan saya kira ok juga.mana mana yang tahu saya ada perniagaan sendiri.lagi lah mereka tu pelik.tak larat nak jawab soalan,saya hanya senyum saja,biarlah soalan itu berlegar di fikiran mereka.apa yang penting saya dah menjalankan amanah kawan.tapi....senyum pun susah jugak....sebab depa kata pulak,nasib la hang jaga kedai ni,kalau yang dulu jaga macam lori cuka tumpah.entah lah.macam macam.)

Saturday, July 11, 2009

anak pokok pisang,ibunya anak siapa?


gambar ini mengerikan tetapi hati manusia lagi menjijikan.masa seronok lupa segala dan nafsu menguasai diri.sesudah itu menjadi tidak bertanggungjawab dan menghinakan diri sendiri dengan membuang zuriat sendiri.
bayangkan tayangan perdana diakhirat kelak ibu manakah yang sanggup jadi lebih hina dari binatang dan bapa manakah yang hanya nak berseronok cuma seminit dua.
dunia sudah akhir zaman.manusia sudah akhir sifat manusianya.kalau dijahiliyah anak ditanam hidup hidup tetapi jahilliyah moden anak dibuang hidup hidup dalam sermak dan ditepi jalan.sapa yang lebih jahil dan tidak beradab.
dikala orang memodenkan diri dengan sifat terpuji ,siapakah ini yang menjijikkan diri untuk rasa dia moden.
jika waktu dulu satu ibunya juga yang membuangnya sebegini ,fikirlah bagaimana. tentu hari ini beliau tak sempat nak buat kerja begini.
saya doakan untuk diri sendiri dan umat islam semua .ya Allah jauhkan kami dari bersifat begini.

Monday, July 6, 2009

sekiranya mereka tahu hpa ini.......................

Sekiranya mereka tahu HPA ini ............


Sekiranya mereka tahu mencari yang halal itu ,akan membentuk hati hati mereka,nescaya mereka akan menghargai hpa.sekiranya mereka tahu perangai anak anak mereka terbentuk dari makanan yang dimakan,tentu mereka akan memperjuangkan product hpa.sekiranya mereka tahu kesihatan yang baik itu lebih berharga dari emas dan batu permata,nescaya mereka akan mencari herba dan penawar.
Hpa menawarkan herba terbaiknya untuk kesihatan anda.hpa juga menawarkan makanan harian yang halal dan toyibba untuk suapan anda.hpa meneroka product yang dahulunya kita tak ada alternatif,sekarang dah ada radix fried chicken.ia bukan sekadar cerita ayam goreng.ia adalah kisah dan simbolik perjuangan .sebelum ini kita disajikan ayam goreng amerika,gaya hidup amerika.orang kita meniru hampir kesemua budaya uncle sam ini.hpa datang membawa perubahan.tinggalkan budaya orang lain mari berbangga dengan hidangan kita.ia bukan sekadar cerita halal saja .lebih dari itu ia lebih baik, lebih berkhasiat dan lebih mengingat kan insan pada tuhan yang mencipta manusia dan tuhan yang juga mencipta ayam.
Orang berniaga,hpa juga berniaga tanpa riba.bukankah Allah mengistihar perang pada pengamal riba.Tidakkah anda rasa nak tolong syarikat yang menjalankan perniagaan.Tak terpanggilkah kita untuk berperang dengan sistem riba kerana sisitem ribalah ekonomi dunia hari ini bertukar menjadi kacau bilau.Dihpa bisnes dikembangkan dengan keuntungan dari pembelian ahli ahli hpa.tidak ada pinjaman bank riba untuk berjaya.hpa mengekalkan sehingga kehari ini, tanpa riba ,tanpa berperang dengan Allah, insan akan lebih berjaya dan berjaya.
Sekiranya kita tidak menyambut tangan hpa ini,fikir fikirkan lah.apa sumbangan kita pada ekonomi umat islam

Saturday, June 27, 2009

tanah liat putih penawar yang ajaib.


salam.dua hari lepas,kucing kesayangan kami sekeluarga termakan racun tikus.entah dimana dia makan,wallahualam.sampai je kat rumah,pembantu rumah bagi tahu yang kucing tu muntah2 dan dah tak boleh nak angkat mata.sedih betul.anak2 lagi la,siap suruh telepon ambulan.hi hi...nampak gayanya macam tak de harapan je kucing ni,tapi malas nak bagi komen takut nanti anak saya meraung pulak.suami suruh bancuh tanah liat putih untuk diberi minum pd kucing tu.mana tahu dengan izin Allah sihat la kucing kami tu.memang menakjubkan!..tak sampai setengah jam kucing kami kembali sihat seperti biasa.Alhamdullilah...syukur.terima kasih HPA kerana produk yg amat berharga ini dengan izin Allah kucing saya sihat.saya syorkan pada setiap keluarga yg ada diMalaysia ni mesti menyimpan sekurang kurangnya satu pack tanah liat putih.malang tak berbau,kalau terjadi kecemasan setidak tidaknya,kita dah mencuba.urusan yang lain hanya Allah yang tahu.

Tuesday, June 23, 2009

ERTI SEBUAH TANGISAN.

"...DAN BAHAWASANYA,DIALAH YANG MENJADIKAN ORANG TERTAWA DAN MENANGIS.(AN-Najm: 43)menurut Ibn qayyim terdapat sepuluh jenis tangis iaitu:
# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
# Menangis kerana rasa takut.
# Menangis kerana cinta.
# Menangis kerana gembira.
# Menangis kerana menghadapi penderitaan.
# Menangis kerana terlalu sedih.
# Menangis kerana terasa hina dan lemah.
# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


semua orang pernah menangis.sekurangnya menangis diwaktu dlahirkan.bila dah dewasa pilih pilihlah corak tangisan anda.pesan saya menangislah pada perkara yang berbaloi.

Wednesday, June 17, 2009

pening dengan anak yang sorang ni....

anak saya ingat yg kat sebelah dia tu miss hpa.macam2 dia interview.at last baru tahu yang tu bukan miss hpa.ingatkan dia nak malu sebab tersilap orang.rupanya tak...sabar ya ammar,nanti kita jumpa miss hpa yang original.
miss hane bukan miss hpa....sorry ya dik wafa.....

Tuesday, June 16, 2009

sulaman manik.

dah lama saya tak jenguk blog saya ni..dah naik bersawang...cuti sekolah ni sibuk sikit.masa ni lah nak cari duit dan masa ni juga nak perabih duit.minggu cuti sekolah yg pertama saya sibuk berniaga.sebab ramai orang dari luar datang bercuti ke penang.minggu kedua pulak turun kl ambil stock sambil tu bawa anak2 makan angin.sempat juga meninjau hasil kerja anak saudara saya menyulam manik untuk stock baju raya yg akan saya jual pada bulan puasa nanti.kalau ada yg berminat boleh tempah sekarang atau datanglah melawat kekedai saya.














Friday, June 12, 2009

pelaris perniagaan dari minda tuan haji ismail,pengarah urusan HPA

Takwa dan tawakkal asas dalam ilmu pelaris.

Firman Allah
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

ILMU PELARIS ,
Peniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan.
Kegagalan berbuat demikian menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju.Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai pasaran yang sedia ada.
Siapakah yang akan menjadi pemenang bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.

Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari.

Oleh sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpehak kepada peniagaan kita.Mereka yang berniaga tanpa ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur yang sangat sengit.Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan untuk berjaya.
Begitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita saksikan dari masa ke semasa.

semua yang dimiliki adalah pinjaman.berapakah yang kita pinjam.

"manusia sentiasa mengaku apa saja yang ada milik mereka.hakikatnya,apa yang dimakan ataupun diminum akan habis serta apa yang dipakai akan rosak binasa.namun,harta yang disimpan iaitu yang disedekahkan itulah yang akan menjadi milik mereka."-sabda Nabi muhammad S.A.W

ilmu yang saya belajar
1.apa yang dimakan akan habis
2.apa yang dipakai akan lusuh
3.apa yang disedekahkan sahaja yang akan tersimpan untuk bekalan akhirat.

Tuesday, June 2, 2009

menjadi usahawan sehebat sahabat nabi.kaya dengan duit,kaya dengan infak dan kaya dengan jihad


inilah kehebatan usahawan muslim abdul rahman bin auf.antara sumbangan beliau ialah;

1-menjual sebidang tanah pada harga 40,000 dinar(rm 10 juta)untuk mengagihkan hasil jualannya pada saudara maranya dan orang islam yang miskin.

2-pernah menyedekahkan 700 unta yang sarat dengan pelbagai jenis barangan.

3-pernah menderma 50,000 dinar(12.5 juta).

4-memberikan sumbangan kepada kempen perang tabuk dan perang perang jihad yang lain.

5-pernah memberi 400 dinar kepada mereka yang tidak syahid semasa perang badar.

walaupun banyak berinfak beliau begitu kaya hinggakan apabila belaiu meninggal dunia,isteri isterinya mewarisi 80,ooo dinar(melebihi rm 20 juta)

sumber-buku rahsia bisnes isteri nabi;Khadijah.

marilah kawan kawan ,berdoa untuk diri sendiri agar kita juga menjadi seperti mereka.saya doakan untuk tuan tuan.tuan tuan doakan untuk saya.nanti bertambah ramai orang hebat dalam dunia ini.banyaklah pulak orang islam akan dapat manafatnya.

langkah telah saya ambil.saya dah jadi ahli HPA.semoga saya berjaya seperti mereka.bagaimana dengan tuan tuan dan puan puan.marilah join jadi ahli HPA.bonus dunia pun dapat.saya yakin dengan niat yang betul bonus akhirat sentiasa dok bertambah.jom!!


Monday, May 25, 2009

madu itu manis...bolehkah madu bertukar menjadi hempedu?

Madu adalah penawar bagi segala penyakit.di HPA terdapat banyak jenis madu yang ditawarkan seperti madu asli,madu tualang dan madu bersarang(honey comb)tapi madu juga sangat subjektif.madu dan bermadu dua perkataan yang sama tapi berlainan maksud.rata rata wanita amat takut dengan perkataan bermadu.apa yang saya pasti tak ada seorang pun wanita dalam dunia ni yang bersorak riang bila dapat tahu yg suaminya nak kawin lagi.lain lah kalau dia hilang akal.tapi.... perkara yg baik dan sunnah tak kan kita nak tegah.tak berani jugak nak cakap takabbur kalau terkena diri sendiri...tak tahu apa nak jadi.tak boleh nak fikir sekarang ni.walaupun dah berbelas tahun kita kawin,kekadang kita tak perasan banyak kesilapan yang kita telah buat dan mungkin tak perasan.andainya sisuami nak kawin juga halang macam mana pun kalau dah takdir ia tetap berlaku.setiap kejadian pasti ada hikmah.kalau kita yakin ini adalah takdir yang telah tertulis sejak azali pasti kita redha.nampak macam mudah,hanya orang yang melaluinya saja yang tahu betapa hiba dan pilu dengan apa yang berlaku.nak izin suami kawin lagi bukan mudah.sebelum cinta terbagi dua ambil cinta tu untuk diri kita sikit.simpan cinta untuk diri kita sendiri sebab cintakan bunga, bunga akan layu.cintakan manusia,manusia akan mati,cintakan ALLAH,ALLAH KEKAL SELAMANYA.So kalau kita tak cinta diri sendiri,bagaimana kita nak berhadapan dengan Allah...mungkin kita leka dengan dunia yang kita cipta....namun hakikatnya madu itu sepahit hempedu cuba2lah kekalkan manis seperti rasa asal.wallahhualam.

Saturday, May 23, 2009

kesian kat alamari saya.kesian lagi kat tuan almari.


semalam suami bawa saya dan anak anak pergi ceramah perdana kat masjid seberang jaya.ceramah disampaikan oleh doktor daniel yang bertajuk quran dan sains.

ceramah tersebut menarik perhatian saya,
betapa para wanita amat sayangkan pinggan dan mangkuk sehingga mereka menyimpan khazanah tersebut dalam almari yang berada diruang tamu.kalau ada tetamu istimewa barulah pinggan dan mangkuk tu buat jasa pada tuannya.

pada pandangan doktor danial perkara tersebut tak patut terjadi,sepatutnya pinggan tempatnya didapur dan tuan punya pinggan patut guna sebab beli mahal tapi simpan dalam almari.
bila keluar dari almari orang lain pulak yang guna.


katanya,lakukan satu perubahan tukarlah pinggan mangkuk masuklah buku buku keagamaan dan sekurangnya setiap rumah hendaklah ada satu tafsir alquran.beliau sarankan tafsir azhar karangan pak hamka.biar kita tafsir dalam panduan ulama hebat ini.

marilah ajak anak anak kita dan diri kita bukan sekadar mengaji tapi juga mengkaji.alquran adalah mukjizat.alquran adalah luarbiasa.marilah kita rasai mukjizat alquran dengan dibuktikan dengan mengkaji.
sesungguhnya kita menjadi hebat kerana ada panduan dari alquran.barang siapa mencari kehebatan selain dari nya,kamu akan menempuh kehinaan.
jom berubah.

Tuesday, May 19, 2009

MALAYSIAN IDOL

Salam.inilah idola saya.kak pah dan kak maznah.harap-harap,satu hari nanti saya boleh berdiri seteguh kak pah dan kak maznah. Ini pulak kak pah dengan azizah.Azizah seorang wanita muda yang cekal dan tabah dalam mengharungi perjuangan.dia ni peminat setia kak pah.macam saya juga cuma dia lebih berani dari saya.kalau diberi peluang possing dgn kak pah,belum tentu saya boleh.sebab..saya ni malu tahap maximum.hi hi..


koleksi kedai saya...



SEBAHAGIAN DARI KOLEKSI TUDUNG YANG SAYA ADA.DARI SAIZ KANAK-KANAK SAMPAI LAH KE DEWASA.SAIZ DEWASA PULA DARI S,M,LDAN XL.XL TU BIDANG 6O.SAYA JUGA MENERIMA TEMPAHAN.PALING BANYAK PELANGGAN TEMPAH BIDANG 55 DAN 60 SEBAB SUSAH NAK CARI
KOLEKSI YANG SAYA ADA,SAYA AMBIL DARI ID PEREMPUAN BUTIK.DARI SEGI MATERIAL MEMANG PUAS HATI SEBAB KAIN KAIN TERSEBUT DIIMPORT DARI DUBAI.

Monday, May 18, 2009

jom jalan.hilang kan yang bosan bosan.cari semangat baru untuk terus berjaya

dah penat kerja kini tiba pulak masa untuk bercuti.kalau saya pergi makan angin tak seronok kalau pergi dengan keluarga je,tak meriah.mesti bawa adik ipar sekeluarga barulah riuh rendah.
anak-anak pulak kalau nak makan angin mesti nak pergi cemeron, cuaca sejuk....coool and coool


melakukan sesuatu yang sama setiap hari boleh jadi bosan ,jemu dan semangat boleh jatuh.
sesekali pergilah bercuti melihat alam ciptaan tuhan dan wajah wajah baru manusia dan makhluk nya.
baru ada banyak variasi dan ada pelbagai corak dan warna hidup.nikmat tu
hidup ini jadi lebih beerti dan akan meningkat rasa syukur.
syukur kerana masih sihat
syukur kerna mata masih boleh tengok yang indah indah.
syukur kerana masih boleh rasa sejuk nya udara ciptaan ALLAH.
syukur kerna masih boleh guna produk halal dan toyyiba HPA.
syukur kerana masih dapat belanja bonus HPA.
SYUKUR dapat kawan baru dalam HPA
syukur kerana dah dapat alih dari maintain belanja kat pasar yahudi kepada pasaran halalan toyyiba HPA.
Alhamdulillah.
saya pasti sahabat sahabat saya diluar sana juga boleh buat apa yang saya lakukan.sangat simple.
alihkan belanja anda dari tempat lain ketempat sewajarnya iaitu HPA.
JOIN HPA



Tuesday, May 12, 2009

kenali roselle.


Satu lagi tanaman ubat mulai mendapat perhatian. Seperti halnya mengkudu ,tanaman ini akan tidak asing lagi , kerana khasiat yang terkandung di dalamnya.
Akan menjadi satu kerugian besar apabila anak anak kita tidak mengenal buah roselle yang menyandang nama latin Hibiscus sabdariffa L.buah roselle juga memiliki khasiat ubat yang pada masa ini masyarakat lebih memilih back to nature dalam hal perubatan. Faktor-faktor efek samping ubat-ubatan kimia yang berbahaya akan mengembalikan manusia pada alternatif yang lebih bersifat alami.kerana setelah diteliti buah yang lebih di kenali sebagai “asam paya” atau “asam susur” terbukti memiliki khasiat yang bersifat ubat.khasiatnya yang boleh digunakan sebagai alternatif pengganti ubat-ubatan kimia diantaranya adalah mengurangi tekanan darah tinggi, merendahkan suhu badan, membersihkan darah, memperlancar buang air ,memulihkan tenaga,anti penuan,pencegah kanser,resdung,stress@sukar tidur dan demam panas. roselle juga merupakan tanaman tumbuhan yg paling tinggi kandungan vitamin c melebihi dari yang terdapat dalam keluarga limau.jadi apa tunggu lagi,pakat-pakat lah tanam pokok roselle atau lebih senang lagi,terus je ke cawangan hpa yang berdekatan.kat situ ada banyak produk roselle.dari kodial,halwa,jem dan vitamin roselle yg berbentuk kapsul.selamat mencuba ......

jangan lupai anak-anak palastine dalam tidurmu.


Jangan lupai anak anak palastine dalam tidurmu.

mudahnya kita LUPA,ini adalah suasana sambutan disatu majlis di universiti dikulim.anak anak melayu islam dipaksa atau rela tidak diketahui membawa bendera israel.pensyarah yang membuat teguran digantung tugas.apa dah jadi!!.
tidakkah kita mendengar cerita di iraq,tentang kisah seorang perempuan tua dan lembunya yang seekor.satu jumaat dia berjalan kaki kemasjid bersama lembunya.apabila selesai sembahnyang jumaat makcik tua yang berdiri dipagar masjid, memanggil tuan iman.suasana menjadi kecoh sebentar dan orang bertanya kenapakah dengan makcik tua ini mengheret lembunya kekawasan masjid.
kata makcik itu.saya hanya ada seekor lembu.tolonglah bawa lembu ini kesana,sedekahlah pada anak palastine.saya tidak punya apa apa lagi untuk diberi.kerana saya takut tuhan akan bertanya,apakah sumbangan yang mampu saya beri.
takdir tuhan menentukan,lembu itu dibida oleh seseorang dengan harga 50,ooo matawang iraq.jumlah itulah yang berjaya didermakan pada hari tersebut.
moralnya saudara saudara,samada kamu lontarkan satu biji batu atau tanam satu benih pokok.
pokoknya kita tidak duduk saja ,sekurangnya masuklah dalam doa harian untuk anak anak palastine.

Sunday, May 10, 2009

enak,berkhasiat,organik dan ngapppp..kaduk dan bayam bersama tepung RFC





mari bersama saya.kita cuba resepi terbaru ini.dari depan rumah daun kaduk dan daun bayam organik digoreng bersama tepung RFC.fuuh memang enak dan berkhasiat.kalau sesiapa pernah mengikuti kuliah perkongsian ilmu cemerlang pengarah urusan hpa,tuan hj ismail akan pernah terdengar bayam yang berwarna merah amat sesuai untuk darah.konsep mudah herba warna merah sama dengan warna darah jadi sesuai untuk hal hal berkaitan denagn darah.
kaduk pula diantar lain amat sesuai untuk perawatan penyakit ghout.jadi syukur kerana herba dibumi tempatan sesuai untuk perawatan kita dimana sebahagian besar darah, daging dan organ tubuh kita adalah "made in tanah malaya".
oh ! ya, nak resepi mudah dan murah ini.mudah saja puan puan.ambil daun bayam atau daun kaduk,bersihkan.
bancuh tepung RFC seperti tepung goreng pisang.
celup dan goreng.
enak, berkhasiat,organik dan ngappppp...

Saturday, May 9, 2009

benarkah kemiskinan mencekik perempuan

dia seorang ibu tunggal
lehernya berantai emas dan loketnya daripada zamrud berkilau.
rumahnya sebuah banglo dengan hiasan dalaman melebihi seorang korporat yang gilakan barang barang antik itali.
sedang bermain dengan kucing kacukan,tiba tiba masuk BMW,anak perempuannya yang baru balik dari "shopping"
barang barang yang dibeli hampir penuh punggung keretaBMWnya.
masuk kedalam bilik tidur semuanya siap sedia.tak ada sehelai kain buruk pun didalamnya.
lampu tidur dan almari solek seperti bilik hotel lima bintang.

keadaan ini sangat biasa jika anda menonton TV atau astro..watak wataknya dengan mekap daripada wangian itali,pakaian daripada sutera china dan anting anting hampir melendurkan lubang telinga.
ternyata dari tv dan astro,kaum perempuan dinegara kita terdiri daripada kalangan orang mewah.
bercakap dengan anak dan teman lelaki soal saham,syer dan tender.
benarkah begitu.sesiapa pun nak dan sangat ingin kesana tapi tidak tahu jalannya.
fikior fikiorlah yer
diolah dari majalah utusan pengguna

Tuesday, May 5, 2009

saya baru beli untuk promosi-tanah liat putih



tanah liat putih,satu lagi produk baru keluaran HPA dengan dua nilai mata.

tulisan dari jawimedherb blogspot
Selsema babi dan tanah liat
Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.
Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran.
Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.
Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah.
Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.
Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-
1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air
2. Tujuan menyamak -
3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.
4. demam panas - sama spt diatas dan disapu di bahagian kepala
5. ketagihan dadah - minum
saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .
InsyaAllah.

seminggu yang penuh aktiviti,rehat rehat dan servis diri sendiri disalon dwanda

disalun dwanda,mungkin boleh shopping juga barang hpa-stokis daerah.atau kalau mahu lebih pilihan terus jer kecawangan HPA guar cempedak yang terletak berdekatan.
amboi cik kak ,senyum jer,baru dapat bonus hebat kot.apapun tahniah atas usaha niaga anda.saya doakan semoga akan lebih maju dan sukses

aktiviti seminggu saya,antaranya hadir program kelab pemimpin utara.seharian di sungai petani inn.belajar,mengutip pengalaman dari mereka yang dah berjaya.ada cabaran yang harus disambut.saya doakan buat diri sendiri,semoga saya akan berjaya dan memberi warna warna indah pada HPA.


mencari ketenangan dan selera bersama anak anak dan suami.makan makan dan bayar bayar.boleh tahan juga.tapi memang berbaloi.



singgah jom singgah.makan jom makan.support jom support.HPA, boleh boleh boleh.,lepas makan di roc, anak ajak pi makan kat rfc.fuuh!!!! poket abahnya!!!!

Sunday, April 26, 2009

tudung tudung ,jual jual online dan offline.

TUDUNG PERMAISURI.RM 28.00. mahu cari kelainan dengan tudung permaisuri.boleh cuba
yang comel tu akan bertambah comel.pelbagai variasi dan warna,mari cuba




Thursday, April 23, 2009

sembang pasal bisnes, pasal meniaga sambil nikmati kentang wedges buat sendiri




jaga kesihatan , jaga penampilan ,jaga makanan,jaga hubungan dengan tuhan,perelok hubungan dengan segala makhluk tuhan untuk berjaya dalam bisnes.berjaya ni adalah subjektif.luas tafsirannya.


kejayaan kecil pada orang lain tetapi adalah besar pada kita ,bila kenangkan perjalanan untuk kita berjaya itu susah.tapi apa pun berbanggalah dengan apa jua bisnes yang kita lakukan asal halal dan memberi manafaat pada orang lain.itu kata kata suami saya, tumpang sikit ideanya dalam blog ni.


tapi wedges tu saya sediakan,resepi mudah mudah saya.sesuai untuk sarapan pagi petang dan bila bila masa saja.


sambil sambil tu carilah idea nak menambahbesarkan bisnes.ayuh ayuh ayuh

2 in 1.

ni hero saya.selalu buat kacau.minat yg sama.apa lagi...berniaga.lebih cenderung pada hpa.suka minum cola radik +aiskrim toyyibah.

tudung ID dua lapis.



tudung 2 lapis.tudung dgn anak tudung.mcm2 saiz dan warna.kalau saiz biasa harganya rm 58.
ID bunga.rm 48.


ini buah hati saya.dua-dua cukup minat kat miss_hpa.tudung yg anak saya pakai tu namanya tudung ikin ID.mcm-mcm saiz dan warna.harga plak dari rm 38 sampai ke rm 70.tudung ni mahal sebab saya ambil dari butik.(busana ID perempuan)Yang murah pun ada.....kualiti terjamin.


tudung ada berbagai jenis.dari sekecil budak sampailah ke orang dewasa.mcm-mcm stail ada.satu lapis,2lapis dan 3 lapis pun ada.saiz plak,bidang 38,45,55 dan 60.saiz lain-lain atau fesyen yg tersendiri kena tempah dulu.nanti saya update tudung bidang 55 dan 60 sbb paling banyak orang beli.tudung bidang besar tak ramai org jual.payah nak jumpa.kalau ada pun fesyennya biasa je.

Wednesday, April 22, 2009

KOLEKSI TUDUNG


ini adalah koleksi tudung saya.sapa-sapa nak order,telefon nomber ini 019-4408057 ataupun hantar email kat saya.

KOLEKSI SAYA

ini di antara barangan hpa yang ada di stokis saya.


permulaan yang menarik.macam macam ada!!!

saya orang berniaga.nampak barang nampak duit.nampak duit nampak barang.begitulah seterusnya.
orang berniaga mencari peluang ,merebut peluang dan membuka peluang.
perniagaan adalah sejumlah pengalaman yang dikumpulkan dari jatuh dan bangun dalam bidang yang memeng seronok ini.
saya pernah meniaga jamu.
saya pernah meniaga pasar malam.
saya pernah meniaga salun kecantikan.
saya pernah buat urutan kesihatan untuk wanita sebagai perniagaan.
saya pernah jual barang barang permainan.cabaran nya cukup kuat kerana ia boleh menghiburkan kanak kanak tetapi boleh memasamkan wajah para ibu bapa.
saya pernah meniaga diekspo ekspo.
saya pernah meniaga di kilang kilang.
saya pernah meniaga baju baju.
saya pernah berniaga tudung puluhan ribu modalnya.
saya pernah jualan dadih.saya pernah jual tapai pulut.
saya pernah jual kerongsang,beg tangan dan eksesori wanita.
saya pernah jual baju bundle,tuala bundle dan cadar bundle.
saya pernah jual kopi radix dipasar pagi tapi tidak jadi ahli HPA.
saya pernah jual dimarket bandar perda.
.saya pernah jual digerai awam seberang jaya.
saya pernah jual pakaian dan makanan diusm,di maktab tengku bainun.dipoliteknik.
itulah seingat saya.
KINI..
SAYA ADALAH STOKIS HPA.
SAYA MASIH JUAL TUDUNG DAN BUSANA MUSLIMAH.
SAYA JUAL KONSEP MULTILEVEL SYARIAH HPA.
SAYA MASIH BERJUALAN BARANG HPA DIPASAR AWAM SEBERANG JAYA.
SAYA MASIH ADA SATU PASAR MALAM UNTUK BISNES.
SAYA KEKADANG DIKILANG KILANG PROMOSI HPA
SAYA DARI RUMAH.
ANDA BOLEH MENEMPAH SEBARANG APA YANG TELAH SAYA JUAL TERDAHULU.
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.
ORDER ORDERLAH APA YANG PERLU.
TERIMAKASIH

tudung id