Saturday, October 24, 2009

ingin cantik?...

semua orang nak kelihatan cantik.kekadang memakan belanja yang besar tapi kalau bab nak melawa ada orang tak berapa nak ambil kisah.
spa pulak bercambah dah macam cendawan tumbuh selepas hujan.dulu nak cari spa orang islam cukup payah.la ni selang tiga biji kedai ada satu lagi spa.
dulu saya pun pernah mengusahakan perniagaan ni tapi tak lah setaraf spa tu.waktu mula buka dulu cukup teruja tapi lama lama ia tak sesuai dgn jiwa saya.waktu tu anak2 masih kecil.pekerja pulak tak ada.semua kena buat sendiri.mak oi..seksa betul.kena pulak customer yang datang tu badan saiz besar....nak habiskan lulur...letih.sekarang ni nak buat facial untuk diri sendiri pun malas.
kalau nak ikutkan sijil mcm mcm ada.dari apa yang saya belajar dulu,ada juga petua yang diajar saya amalkan sampai sekarang.seperti lulur santan.mana mana bahagian badan yang susah nak hilangkan daki,selalunya dibahagian pelipat elok guna santan.pas tu,lap guna tisu muka.kuku kaki pula,guna minyak zaitun.kalau selalu guna,kuku akan kelihatan jernih.untuk menghilang kan parut jerawat dimuka,gunalah ubat gigi hpa sebagai pencuci muka.pelikkan?tiada yang peliknya.kalau tak percaya cuba.parut lama ke,parut baru ke,memang hilang.insyaallah.kalau takut nak cuba dimuka,cuba dulu parut yang ada kat kaki.
untuk buat masker pulak.saya guna tepung jagung,susu tepung dan madu.campur semua,bancuh dgn sedikit air.khasiatnya....dapat menghilangkan jeragat dan melembabkan kulit muka.selamat memcuba.pastikan anda semua guna produk hpa.wasalam

No comments:

Post a Comment

tudung id