semalam suami bawa saya dan anak anak pergi ceramah perdana kat masjid seberang jaya.ceramah disampaikan oleh doktor daniel yang bertajuk quran dan sains.
ceramah tersebut menarik perhatian saya,
betapa para wanita amat sayangkan pinggan dan mangkuk sehingga mereka menyimpan khazanah tersebut dalam almari yang berada diruang tamu.kalau ada tetamu istimewa barulah pinggan dan mangkuk tu buat jasa pada tuannya.
pada pandangan doktor danial perkara tersebut tak patut terjadi,sepatutnya pinggan tempatnya didapur dan tuan punya pinggan patut guna sebab beli mahal tapi simpan dalam almari.
bila keluar dari almari orang lain pulak yang guna.
katanya,lakukan satu perubahan tukarlah pinggan mangkuk masuklah buku buku keagamaan dan sekurangnya setiap rumah hendaklah ada satu tafsir alquran.beliau sarankan tafsir azhar karangan pak hamka.biar kita tafsir dalam panduan ulama hebat ini.
marilah ajak anak anak kita dan diri kita bukan sekadar mengaji tapi juga mengkaji.alquran adalah mukjizat.alquran adalah luarbiasa.marilah kita rasai mukjizat alquran dengan dibuktikan dengan mengkaji.
sesungguhnya kita menjadi hebat kerana ada panduan dari alquran.barang siapa mencari kehebatan selain dari nya,kamu akan menempuh kehinaan.
jom berubah.
No comments:
Post a Comment