Saturday, October 24, 2009

ingin cantik?...

semua orang nak kelihatan cantik.kekadang memakan belanja yang besar tapi kalau bab nak melawa ada orang tak berapa nak ambil kisah.
spa pulak bercambah dah macam cendawan tumbuh selepas hujan.dulu nak cari spa orang islam cukup payah.la ni selang tiga biji kedai ada satu lagi spa.
dulu saya pun pernah mengusahakan perniagaan ni tapi tak lah setaraf spa tu.waktu mula buka dulu cukup teruja tapi lama lama ia tak sesuai dgn jiwa saya.waktu tu anak2 masih kecil.pekerja pulak tak ada.semua kena buat sendiri.mak oi..seksa betul.kena pulak customer yang datang tu badan saiz besar....nak habiskan lulur...letih.sekarang ni nak buat facial untuk diri sendiri pun malas.
kalau nak ikutkan sijil mcm mcm ada.dari apa yang saya belajar dulu,ada juga petua yang diajar saya amalkan sampai sekarang.seperti lulur santan.mana mana bahagian badan yang susah nak hilangkan daki,selalunya dibahagian pelipat elok guna santan.pas tu,lap guna tisu muka.kuku kaki pula,guna minyak zaitun.kalau selalu guna,kuku akan kelihatan jernih.untuk menghilang kan parut jerawat dimuka,gunalah ubat gigi hpa sebagai pencuci muka.pelikkan?tiada yang peliknya.kalau tak percaya cuba.parut lama ke,parut baru ke,memang hilang.insyaallah.kalau takut nak cuba dimuka,cuba dulu parut yang ada kat kaki.
untuk buat masker pulak.saya guna tepung jagung,susu tepung dan madu.campur semua,bancuh dgn sedikit air.khasiatnya....dapat menghilangkan jeragat dan melembabkan kulit muka.selamat memcuba.pastikan anda semua guna produk hpa.wasalam

Tuesday, October 20, 2009


SUSU ibu merupakan hak asasi setiap bayi yang baru lahir.malangnya disebabkan corak pemasaran syarikat susu yang tidak beretika,berjuta juta bayi diseluruh dunia tidak mendapat hak asasi mereka.
kajian menemui dua ramuan yang meragukan di dalam susu tepung iaitu lemak binatang dan wei.itulah cerita bab 17 buku halal haram keluaran "CAP".wei adalah hasil sampingan dalam industri keju.untuk mengental susu menjadi keju enzim enzim dari babi dan anak lembu diperlukan.dengan nama renet dan pepsin sukar untuk anda kenali sejarah enzim enzim ini.
susu rumusan berjenama terkenal mengandungi wei,yang terdapat dikedai kedai,supermarket telah berada dirumah kita.pagi tadi beberapa sudu kita telah suapkan kepada bayi kesayangan kita enzim enzim renet dan pepsin ini.dan lebih malang lagi ada logo halal pada tin tin susu.
salah siapa ?salah siapa?.tidakkah ini salah ibu yang mengandung,tidakkah ini salah bapa yang mendokong.yer inilah salah kita semua kerana membiarkan makanan dan susu anak anak kita dikeluarkan oleh mereka bukan islam.sampai bila?.
kalau kita tak berubah hari ini 10 tahun lagi 20 tahun lagi mungkin selamanya kita akan sajikan bayi bayi muslim dengan susu renet dan susu pepsin.bila hati dari kecil lagi dah diselaputi renin dan pepsin,bagaimana cahaya dan nur mahu masuk dalam hati anak anak kita.inilah agenda yahudi untuk melihat kita tak ada kekuatan,kita hilang roh agama.saya sedar hal ini bila bersama HPA,saya lihat perjuangan ini dalam HPA,saya perlu teruskan perjuangan dalam HPA.

Sunday, October 18, 2009

barah pangkal rahim.


Barah pangkal rahim


Malaysia membelanjakan RM250 juta setahun untuk menguruskan barah pangkal rahim.Daripada jumlah itu hanya sembilan peratus digunakan untuk ujian pengesanan awal barah pangkal rahim - ujian lumuran pap.

Daripada keseluruhan kes barah di Malaysia, barah pangkal rahim menduduki tempat kedua selepas barah payu dara. Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 500,000 wanita diserang barah pangkal rahim setiap tahun.Mengenali barah pangkal rahim.

Disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV). Pangkal rahim secara saintifiknya bertindak sebagai laluan. Darah mengalir dari uterus melaluinya untuk ke faraj ketika haid.

Pangkal rahim juga menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke dalam rahim. Ketika hamil, pangkal rahim tertutup rapat bagi melindung janin. Ketika proses kehamilan, pangkal rahim terbuka untuk membenarkan bayi lahir.

Barah pangkal rahim bermula seperti kebanyakan barah di mana-mana bahagian tubuh, ia bermula di dalam sel. Selain HPV, faktor lain seperti merokok, sistem imun tubuh wanita, komplikasi pengambilan pil cegah hamil hanya sebahagian faktor lain yang dikaitkan dengan barah pangkal rahim.

HPV adalah virus yang sangat biasa ditemui pada lelaki dan wanita dan ada lebih 100 jenis HPV. Lebih 50 peratus orang akan mengalami satu daripada jenis HPV itu sekali dalam hidupnya. Manakala jenis HPV yang lebih berisiko tinggi (misalnya jenis 16 dan 18) pula akan menjadi punca barah pangkal rahim. HPV amat mudah berjangkit. Malah, kebanyakan orang dijangkiti HPV pada tahun-tahun pertama mereka aktif dalam hubungan seksual. Justeru, ujian lumuran pap sangat disarankan.

Faktor dijangkiti HPV. Tidak melakukan rutin ujian lumuran pap.Sistem tubuh yang lemah Usia (barah pangkal rahim lebih banyak terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas).
Ramai pasangan seks atau perempuan yang melakukan hubungan intim dengan lelaki yang banyak pasangan seks. Merokok Komplikasi penggunaan pil perancang dalam masa yang panjang

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:23 PM .sumber dari blog cina islam.

tudung id