Wednesday, May 26, 2010






melalui jambatan pulau pinang, bila tidak diwaktu puncak adalah saat saat indah. pandang lautnya yang tenang, lihat langitnya yang berawan gemawan indah. subhanallah, indahnya ciptaan tuhan. bahasa alam yang sedang berbisik, lihatlah keagungan tuhanmu yang menciptakan, langit tanpa tiang dan laut yang dihamparkan membiru tenang.

alam adalah hidangan perawat stress. pulau pulau yang cantik seperti lukisan saja, hijau menampung diatas air.
kekadang langitnya menjadi gelap dan keruh kerana hujan nak turun. hati bertambah syahdu kerana, hujan adalah juga nikmat. tapi sebelum hujan turun Allah bagi kita lihat alamnya langitnya dulu, tak sama lagi seperti waktu cerahnya.

seperti hidup kita adalah bak langit diatas sana .kadang kadang cerah gembira, kekadang gelap bermasalah. tetapi yakinlah nanti hujan rahmat akan turun pula. selepas itu matahari tersenyum semula. marilah menjadi hamba tuhan yang baik.

Friday, May 21, 2010

makang ikang, sila pilih ikang yang kecik kecik kerana ikang besar dan di sapu ubat pengawet mayat.

yang ni pesan suami saya lagi. antara lupa dan ingat pesanan itu, selalunya ikan besar lebih sedap, lebih enak kalau dimasak kari, lebih sedap kalau di masak kuning pedas. kekadang ikan kecik kecik ni, nak beli pun tak "teraso" galmour.apalagi kalau jiran sebelah dok kelih(lihat) waktu kita membelinya. kawan kawan pun rajin komen"apa pasal hari hari makan ikan temenung, kenapa "suko benor" ikan curut yang kurus kurus tu.

jom kita lihat rahsianya wahai diriku dan teman teman.
pertamanya harganya murah..hehe
keduanya sumber protein terbaik tanpa bahan pengawet. ikan besar selalunya ditangkap dilaut dalam. botnya pergi berhari hari. bila ikan ditangkap, ikan akan mati. ikan akan jadi mayat.so,, untuk segarkan mayat ikan, mudah saja,ambil awet mayat manusia sapu pada ikan. lalu ikan akan sentiasa segar dan cantik.

bahan awet mayat tu ajen sebab kanser. sapa yang susah kalau kena kanser, kita dan keluarga kita kan.nanti kena guna duit banyak..jadi nasihat saya .jom makan ikan kecik kecik..murah dan selamat

happines not a destination but a journey

keseronokan bukanlah tempat yang dituju tetapi adalah sepanjang perjalanan yang dilalui.

pesanan yang saya ingat dari seorang pakar motivasi saya.he he suami saya. walaupun tidak lah mudah untuk merealitikan dalam hidup ini ayat ayat ini tetapi sekurangnya jadilah penawar dikala hati bersedih gulana.

ramai orang, mungkin termasuk saya selalu beranggapan bahagia itu bila sampai titik aku kaya. seronok itu bila aku selawa dan seglamour "bintang felem".

hakikatnya seronok itu ialah bila kita mampu lihat bunga indah disepanjang jalan yang kita lalui.jika kita boleh rasai bertuahnya hidup yang kita lalui sepanjang usia.

jom kita ambil contoh; oprah yang hebat dengan rancangan tallk shownya. dia kata dia tak bahagia, dia cakap hidupnya kosong. anda tahu pendapatannya berjuta juta untuk satu bulan.akhirnya dia temui keseronokan bila dapet menolong orang lain. modus oerandinya ialah cari orang didalam kesusahan, buat kejutan, baginya sebiji kereta. diwaktu orang yang ditolongnya mengalirkan air mata gembira kerana kejutan itu, oprah merasakan satu nikmat luarbiasa berkongsi gembira dengan mereka..pelik bukan?

tapi inilah sebenarnya. bintan holllywood, terbang kenegara susah, ambik anak angkat dari mereka yang susah,lihat anak anak itu berlari gembira ditaman taman rum ah mereka lalu mereka juga menumpang gum...bira..ha ha ha.

jika kita merasa tidak gembira dengan apa yang kta ada sekarang, percayalah kita susah untuk temui kegembiraan mimasa lain.

raikan hidup sekarang. gembira dengan apa yang dibuat..jangan di kejar hollywood. jangan dibangga dengan bolyywood. berbahagialah dengan malay wood dan muslim wood.
Luarbiasa nikmatnya.....

tudung id