Saturday, June 27, 2009

tanah liat putih penawar yang ajaib.


salam.dua hari lepas,kucing kesayangan kami sekeluarga termakan racun tikus.entah dimana dia makan,wallahualam.sampai je kat rumah,pembantu rumah bagi tahu yang kucing tu muntah2 dan dah tak boleh nak angkat mata.sedih betul.anak2 lagi la,siap suruh telepon ambulan.hi hi...nampak gayanya macam tak de harapan je kucing ni,tapi malas nak bagi komen takut nanti anak saya meraung pulak.suami suruh bancuh tanah liat putih untuk diberi minum pd kucing tu.mana tahu dengan izin Allah sihat la kucing kami tu.memang menakjubkan!..tak sampai setengah jam kucing kami kembali sihat seperti biasa.Alhamdullilah...syukur.terima kasih HPA kerana produk yg amat berharga ini dengan izin Allah kucing saya sihat.saya syorkan pada setiap keluarga yg ada diMalaysia ni mesti menyimpan sekurang kurangnya satu pack tanah liat putih.malang tak berbau,kalau terjadi kecemasan setidak tidaknya,kita dah mencuba.urusan yang lain hanya Allah yang tahu.

Tuesday, June 23, 2009

ERTI SEBUAH TANGISAN.

"...DAN BAHAWASANYA,DIALAH YANG MENJADIKAN ORANG TERTAWA DAN MENANGIS.(AN-Najm: 43)menurut Ibn qayyim terdapat sepuluh jenis tangis iaitu:
# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
# Menangis kerana rasa takut.
# Menangis kerana cinta.
# Menangis kerana gembira.
# Menangis kerana menghadapi penderitaan.
# Menangis kerana terlalu sedih.
# Menangis kerana terasa hina dan lemah.
# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


semua orang pernah menangis.sekurangnya menangis diwaktu dlahirkan.bila dah dewasa pilih pilihlah corak tangisan anda.pesan saya menangislah pada perkara yang berbaloi.

Wednesday, June 17, 2009

pening dengan anak yang sorang ni....

anak saya ingat yg kat sebelah dia tu miss hpa.macam2 dia interview.at last baru tahu yang tu bukan miss hpa.ingatkan dia nak malu sebab tersilap orang.rupanya tak...sabar ya ammar,nanti kita jumpa miss hpa yang original.
miss hane bukan miss hpa....sorry ya dik wafa.....

Tuesday, June 16, 2009

sulaman manik.

dah lama saya tak jenguk blog saya ni..dah naik bersawang...cuti sekolah ni sibuk sikit.masa ni lah nak cari duit dan masa ni juga nak perabih duit.minggu cuti sekolah yg pertama saya sibuk berniaga.sebab ramai orang dari luar datang bercuti ke penang.minggu kedua pulak turun kl ambil stock sambil tu bawa anak2 makan angin.sempat juga meninjau hasil kerja anak saudara saya menyulam manik untuk stock baju raya yg akan saya jual pada bulan puasa nanti.kalau ada yg berminat boleh tempah sekarang atau datanglah melawat kekedai saya.














Friday, June 12, 2009

pelaris perniagaan dari minda tuan haji ismail,pengarah urusan HPA

Takwa dan tawakkal asas dalam ilmu pelaris.

Firman Allah
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

ILMU PELARIS ,
Peniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan.
Kegagalan berbuat demikian menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju.Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai pasaran yang sedia ada.
Siapakah yang akan menjadi pemenang bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.

Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari.

Oleh sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpehak kepada peniagaan kita.Mereka yang berniaga tanpa ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur yang sangat sengit.Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan untuk berjaya.
Begitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita saksikan dari masa ke semasa.

semua yang dimiliki adalah pinjaman.berapakah yang kita pinjam.

"manusia sentiasa mengaku apa saja yang ada milik mereka.hakikatnya,apa yang dimakan ataupun diminum akan habis serta apa yang dipakai akan rosak binasa.namun,harta yang disimpan iaitu yang disedekahkan itulah yang akan menjadi milik mereka."-sabda Nabi muhammad S.A.W

ilmu yang saya belajar
1.apa yang dimakan akan habis
2.apa yang dipakai akan lusuh
3.apa yang disedekahkan sahaja yang akan tersimpan untuk bekalan akhirat.

Tuesday, June 2, 2009

menjadi usahawan sehebat sahabat nabi.kaya dengan duit,kaya dengan infak dan kaya dengan jihad


inilah kehebatan usahawan muslim abdul rahman bin auf.antara sumbangan beliau ialah;

1-menjual sebidang tanah pada harga 40,000 dinar(rm 10 juta)untuk mengagihkan hasil jualannya pada saudara maranya dan orang islam yang miskin.

2-pernah menyedekahkan 700 unta yang sarat dengan pelbagai jenis barangan.

3-pernah menderma 50,000 dinar(12.5 juta).

4-memberikan sumbangan kepada kempen perang tabuk dan perang perang jihad yang lain.

5-pernah memberi 400 dinar kepada mereka yang tidak syahid semasa perang badar.

walaupun banyak berinfak beliau begitu kaya hinggakan apabila belaiu meninggal dunia,isteri isterinya mewarisi 80,ooo dinar(melebihi rm 20 juta)

sumber-buku rahsia bisnes isteri nabi;Khadijah.

marilah kawan kawan ,berdoa untuk diri sendiri agar kita juga menjadi seperti mereka.saya doakan untuk tuan tuan.tuan tuan doakan untuk saya.nanti bertambah ramai orang hebat dalam dunia ini.banyaklah pulak orang islam akan dapat manafatnya.

langkah telah saya ambil.saya dah jadi ahli HPA.semoga saya berjaya seperti mereka.bagaimana dengan tuan tuan dan puan puan.marilah join jadi ahli HPA.bonus dunia pun dapat.saya yakin dengan niat yang betul bonus akhirat sentiasa dok bertambah.jom!!


tudung id