Wednesday, January 11, 2012

awak suka saya tak?sebuah novel terbaik dari ladang.


saya mula tertarik dengan novel ni apabila terlihat pd tajuknya dan juga ketebalan novel tersebut.mahu seminggu nak habiskan bacaan.banyak novel yg telah saya baca tapi novel awak suka saya tak?hasil karya melur jelita memang lain dari novel yg pernah saya baca.

jalan cerita kebanyakkan novel mesti agak sama. Balik balik kisah kena kahwin paksa, tangkap basah dan ada jugak yg 18sx yg sepatutnya tak perlu.rata2 pembaca novel anak muda remaja.faham2 je lahkan.

novel awak suka sy tak ini berkisar tentang cinta hilman yong dan intan zulaikha. kecintaan terhadap Islam itu mengatasi cinta sesama mereka sehingga watak utama Intan Zulaikha begitu sengsara dan bersalah kerana dia menjadi punca kepada kesilapan terhadap agamanya.
Hilman memeluk Islam kerana Islam itu sendiri. Tanpa paksaan. Malah hubungan kekeluargaan mereka terus utuh walaupun kini mereka berlainan agama.

pertemuan mereka sungguh mengasyikkan. dalam novel ini perilaku teruna dara yang ketat dibatasi hukum dan ajaran Islam, sangat menarik untuk dibaca.agak islamik sesuai kalau nak bagi kat anak2. Sungguh mengasyikkan.

Perasaan seorang Intan itu sungguh mengagumkan.Hilman yong pulak....ada ke lelaki mcm tu dalam dunia ni.teramatlah hensemnya hu hu.kuat ugama pulak tu, jd tok guru pd intan.
hubungan cinta mereka juga direstui oleh kedua dua keluarga.

Hilman kemudian jatuh kuda dan hilang ingatan sehari sebelum majlis nikahnya dengan Intan. Dengan perasaan bersalah Intan menjalani hidup yang agak sengsara tetapi dia menjadi begitu tabah dan cekal untuk mengatasi kekecewaan kerana tak jadi kahwin.

Hilman hilang “disorok” keluarganya yang ternama. Intan risau tentang agamanya Hilman. Sudah murtadkah Hilman?

Dengan keyakinan dan semangat (juga rasa cinta yang penuh di jiwa), Intan kembali ke resort bagi mencari Hilman untuk mencari jawapan atas kekeliruan.

Hilman kembali menjadi Damien dan Intan merasa sangat bersalah seandainya Hilman sudah murtad.

Cinta tidak semestinya bersatu, kan? Hanya orang yang kuat semangat boleh menerima dengan redha dan syukur.bertemu kembali dengan Hilman yg kini telah menjadi Damien menyebabkan intan sengsara.namun kuasa Tuhan Damien tetap jatuh cinta pd Intan.Untuk selanjutnya...beli lah sendiri ya......

cara Melur Jelita mengolah perasaan seorang Intan tu memang menarik apatah lagi Hilman Yong.kalau buat filem memang kebaboommm....

Saturday, January 7, 2012

sembang pagi-cinta

aku memilih dan bersuara

“dua nasi lemak dan dua kuih”

“dua ringgit lapan puluh sen”

aku membayar untuk akak ramah si penjual nasi gerai pagi . Letaknya di simpang jalan didepan rumah dua tingkat miliknya. aku memanggilnya makcik corner lot.

“Abang,hari ini seorang saja,akak tak ikut pulak”

Seorang lelaki separuh abad tersenyum. Dia adalah pejalan kaki setia yang selalu ku jumpa setiap pagi menuju ke market pagi yang lebih kurang 4000 meter dari kawasan perumahan kami. Hari ini dia berseorangan, tanpa temannya.

“Hmm,kakak ikut anaknya ke KL, jaga cucu 2 minggu”.

Dia memberi repons pada pertanyaan akak alias makcik corner lot alias si penjual nasi lemak. dan dia meneruskan langkahnya.

” Anaknya beli kereta untuknya, dia jarang naik. setiap pagi dia bercerita dengan buah hatinya. dia pegang tangan isterinya. mereka bercerita sepanjang jalan. isterinya tersenyum,dia ketawa.akak lihat mereka ,akak pun dapat rasai bahagia”

akak cornerlot bersurah panjang memeberitahuku.

“cinta yang ajaib sehingga penghujung usia” aku rumus untuk sudahkan bicaraku dengan makcikramah itu.

“setiap hari 77pasangan,couple melayu bercerai, bertalak, kemanakah hilang cinta yang ajaib itu”

Mindaku cuba mencari jawapnya

tudung id