Friday, March 2, 2012

ragam manusia.

manusia ni mcm mcm ragam.kekadang rasa pelik melihat gelagat mereka.entah2 depa pun keliru tengok aku.hi hi.bulan lepas kedai sebelah dah berpenghuni.lega rasanya sekurang kurangnya dapat menarik perhatian pengunjung dan sama2 mendapat rezeki.

aku dan zie(jiran sebelah kanan kedai) mengambil peluang beramah mesra dengan jiran baru tersebut.ternyata dia memang ramah.maklumlah orang berniaga.belum pernah lagi aku berjumpa dgn peniaga yg tak ramah.

sebelum kami beredar kekedai masing masing,jiran baru tadi mengajak kami makan kenduri kat kedainya esok.katanya open ceremony.aku dan zie tumpang gembira.memang itulah adat org berniaga kalau baru buka kedai belanja org makan dulu.bersedekah mudah mudahan bayak rezeki masuk dan perniagaan terus berkekalan.aku dan zie sepakat nak pergi bersama esok.

tepat pukul 12tgh zie dah terpacak depan kedai sambil memberi isyarat tangan mengajak aku kekedai sebelah.aku suruh dia pergi dulu sebab pelanggan tengah ramai.tak sampai sepuluh minit zie datang balik kekedai aku.eiii cepatnya makan.atau mungkin dia segan sebab aku tak ada kut....

akhirnya baru aku tahu,rupanya sewaktu zie masuk kedai,tuan punya kedai tu kata kenduri tersebut untuk sedara mara je.nasib baik aku tak pergi kalau tidak aku pun tumpang semangkuk malu.yg peliknya semalam beria benor mengajak.....agaknya semalam tu kami ni nampak mcm sedara mara dia kut....

selepas sebulan dia beroperasi aku kembali tak berjiran.dia dah tutup kedai.apa sebabnya aku pun tak tahu.tunggu lah pulak jiran baru.kali ni apa pulak ragamnya.

tudung id