Wednesday, July 15, 2009

sibuknya.....letih.

dah berapa lama tak mengadap pc,rindunya.....mana tak nya,dalam minggu ni sibuk tul.sibuk tu ada macam macam jenis sibuk.yang petama buka kedai baru.sampai tak cukup rest.yang kedua,sibuk dgn pasar pagi.yang ketiga sibuk order stok baru.bila stok baru dah sampai....sibuk frust pulak sebab stok tudung yag baru ni tak seperti yang diharapkan.tu la fasal,kena turun kl,baru boleh pilih ikut cita rasa.geramnya....yg keempat lagi la sibuk.suami suruh tolong uruskan kedai kawan dia.alamak....sendiri punya pun tak terjaga,nak jaga orang punya pulak dah.kawan punya pasal angguk je kepala ni.lagi pun dia memang memerlukan bantuan.yang kelima pulak,sibuk tahap paling maximum....kebetulan kedai kawan tu dalam tempat kerja saya yang lama.jadi ramailah kawan kawan lama yang masih bekerja kat situ.mana yang kawan rapat,mereka tahulah situasi saya.mana yang kurang rapat tu,banyak lah soal jawabnya.soal jawab nilah yang paling sibuk.mereka mungkin hairan kenapa saya sanggup kerja kat kedai tu sedangkan sewaktu kerja dulu jawatan saya kira ok juga.mana mana yang tahu saya ada perniagaan sendiri.lagi lah mereka tu pelik.tak larat nak jawab soalan,saya hanya senyum saja,biarlah soalan itu berlegar di fikiran mereka.apa yang penting saya dah menjalankan amanah kawan.tapi....senyum pun susah jugak....sebab depa kata pulak,nasib la hang jaga kedai ni,kalau yang dulu jaga macam lori cuka tumpah.entah lah.macam macam.)

Saturday, July 11, 2009

anak pokok pisang,ibunya anak siapa?


gambar ini mengerikan tetapi hati manusia lagi menjijikan.masa seronok lupa segala dan nafsu menguasai diri.sesudah itu menjadi tidak bertanggungjawab dan menghinakan diri sendiri dengan membuang zuriat sendiri.
bayangkan tayangan perdana diakhirat kelak ibu manakah yang sanggup jadi lebih hina dari binatang dan bapa manakah yang hanya nak berseronok cuma seminit dua.
dunia sudah akhir zaman.manusia sudah akhir sifat manusianya.kalau dijahiliyah anak ditanam hidup hidup tetapi jahilliyah moden anak dibuang hidup hidup dalam sermak dan ditepi jalan.sapa yang lebih jahil dan tidak beradab.
dikala orang memodenkan diri dengan sifat terpuji ,siapakah ini yang menjijikkan diri untuk rasa dia moden.
jika waktu dulu satu ibunya juga yang membuangnya sebegini ,fikirlah bagaimana. tentu hari ini beliau tak sempat nak buat kerja begini.
saya doakan untuk diri sendiri dan umat islam semua .ya Allah jauhkan kami dari bersifat begini.

Monday, July 6, 2009

sekiranya mereka tahu hpa ini.......................

Sekiranya mereka tahu HPA ini ............


Sekiranya mereka tahu mencari yang halal itu ,akan membentuk hati hati mereka,nescaya mereka akan menghargai hpa.sekiranya mereka tahu perangai anak anak mereka terbentuk dari makanan yang dimakan,tentu mereka akan memperjuangkan product hpa.sekiranya mereka tahu kesihatan yang baik itu lebih berharga dari emas dan batu permata,nescaya mereka akan mencari herba dan penawar.
Hpa menawarkan herba terbaiknya untuk kesihatan anda.hpa juga menawarkan makanan harian yang halal dan toyibba untuk suapan anda.hpa meneroka product yang dahulunya kita tak ada alternatif,sekarang dah ada radix fried chicken.ia bukan sekadar cerita ayam goreng.ia adalah kisah dan simbolik perjuangan .sebelum ini kita disajikan ayam goreng amerika,gaya hidup amerika.orang kita meniru hampir kesemua budaya uncle sam ini.hpa datang membawa perubahan.tinggalkan budaya orang lain mari berbangga dengan hidangan kita.ia bukan sekadar cerita halal saja .lebih dari itu ia lebih baik, lebih berkhasiat dan lebih mengingat kan insan pada tuhan yang mencipta manusia dan tuhan yang juga mencipta ayam.
Orang berniaga,hpa juga berniaga tanpa riba.bukankah Allah mengistihar perang pada pengamal riba.Tidakkah anda rasa nak tolong syarikat yang menjalankan perniagaan.Tak terpanggilkah kita untuk berperang dengan sistem riba kerana sisitem ribalah ekonomi dunia hari ini bertukar menjadi kacau bilau.Dihpa bisnes dikembangkan dengan keuntungan dari pembelian ahli ahli hpa.tidak ada pinjaman bank riba untuk berjaya.hpa mengekalkan sehingga kehari ini, tanpa riba ,tanpa berperang dengan Allah, insan akan lebih berjaya dan berjaya.
Sekiranya kita tidak menyambut tangan hpa ini,fikir fikirkan lah.apa sumbangan kita pada ekonomi umat islam

tudung id